Showing posts with label MedicMesir. Show all posts
Showing posts with label MedicMesir. Show all posts

Sunday, February 26, 2012

JOM! CIPTA LOGO MEDICMESIR !


Assalamualaikum wbth,
TERIMAKASIH KEPADA SOKONGAN SEMUA TERHADAP MEDICMESIR!

Alhamdulillah, Sempena ulang tahun yang ke 5 dan
Alhamdulillah juga, dengan jumlah 'hit' blog MedicMesir.com yang mencecah hampir 300,000.
MedicMesir menganjur kan pertandingan mencipta logo MedicMesir.com.

Berikut adalah terma pertandingan:-
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua , tidak kira dimana anda berada. (Tidak terhad kepada warga MM)
2. Skop Karya adalah bebas.
3. Peserta bebas menghantar sebanyak mungkin rekabentuk.
4. Setiap Rekabentuk perlu disertakan dengan penerangan.
5. Peserta perlu post setiap rekaan di FaceBook MedicMesir (http://www.facebook.com/MedicMesir)
6. MedicMesir berhak mengunakan logo ciptaan peserta dari masa kesemasa.

Pemenang akan dinilai 70% dari jumlah 'LIKE' dilogo anda. 30% pula dari permarkahan juri MedicMesir.
Segala pertanyaan sila inbox di FaceBook http://www.facebook.com/ummi.medicmesir
Pertandingan akan tutup pada 1hb May 2012 jam 5petang waktu Mesir.

Hadiah berupa wang tunai 1000LE hanya akan diberikan pada pemenang pertama.

Warwarkan kepada rakan-rakan yang berminat.  Selamat berkarya !

Salam,
UmmiMM


so. kawan2 yang berminat, apa lagi! lets grab the chance! :))

Saturday, February 4, 2012

Pemberian makanan sempena Imtihan (Final Exam Semester 1)

Assalamualaikum wbth,

1. Semoga anak2 di Mesir berada didalam pemeliharaan Allah swt. Semoga Allah melimpahkan kerahmatan serta kemudahan didalam segala urusan dan diberi kekuatan berhadapan dengan musim sejuk dan musim imtihan.  Semoga juga pada setiap detik Iman kita terpelihara dan ditingkatkan. Ameen.

2.  Alhamdulillah, makanan sempena Imtihan akan disediakan oleh Cafe KSP MARA.  Pembekalan makanan akan bermula dengan makan tengahari pada hari Rabu, 25hb Januari 2012.  

Pembekalan akan berakhir mengikut tarikh akhir imtihan batch masing-masing:-)
Tahun 1 berakhir dengan makan malam 15hb Februari 2012
Tahun 2 berakhir dengan makan malam 12hb Februari 2012
Tahun 3 berakhir dengan makan malam 10hb Februari 2012

3. Senarai nama mereka yang telah mendaftar akan diedarkan mengikut FB group batch masing-masing.  InshaAllah, pembekalan akan dibuat menurut zon tempat tinggal dan akan dimaklumkan juga melalui batch masing-masing.

4.  Semoga usaha ini mendatangkan manfaat dan Ummi berharap usaha ini turut meningkatkan kecermelangan anak-anak MedicMesir pada imtihan kali ini. Ameen.

Allahuma....bi Tawfiq Najihna fiImtihan fi Deen, fi Dunya wa Akhirah 

Salam,
UmmiMM
 
sumber : MedicMesir
 
 TERIMA KASIH MEDIC MESIR ! SYUKRAN AWI UMMI <3

Monday, December 5, 2011

Pegawai MM Alexandria yang baru

Assalamualaikum. untuk maklumat anda semua. segala urusan untuk pelajar pelajar Medic Mesir Alexandria akan menjadi tanggungjawab Ustaz Solah iaitu pegawai MM yang baru. Hal ini telah dipastikan berdasarkan post Ummi  di Facebook.


Salam, semua. Untuk makluman, Mulai saat ni segala urusan utk pelajar2 MM akan diurus oleh Ustaz http://www.facebook.com/pangeran.senopati. Mohon beri kerjasama. Ustaz dulu bekerja dgn QAS. Dah berkahwin dan isteri org Mesir. Ustaz tinggal di Alex dan Ummi yakin, Ustaz akan mampu buat terbaik utk membantu. Ummi akan add Ustaz dlm group ini. - Ummi Medicmesir