Friday, December 2, 2011

Hari Asyura! 10 Muharram


Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.

Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.

Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.

Perkara-perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini. 
  2.  
  3. Memuliakan fakir miskin. Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti. 
  4. Menahan marah. Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha. 
  5. Menunjukkan orang sesat. Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya. 
  6. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya. 
  7. Bersedekah. Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  8. Memelihara kehormatan diri. Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  9. Mandi Sunat. Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  10. Bercelak.
  11. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  12. Sembahyang sunat empat rakaat. Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  13. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer".
  14. Menjamu orang berbuka puasa. Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  15. Puasa. "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Disunatkan juga untuk menambahkan puasa pada hari Asyura tersebut dengan berpuasa sehari sebelum ataupun sehari sesudahnya. Rasulullah s.a.w. memerintahkan hal ini bertujuan untuk menyelisihi amalan orang Yahudi.

Rasulullah s.a.w. bersabda: Berpuasalah kalian pada hari Asyura dan berselisihlah dengan orang Yahudi di dalamnya, dan berpuasalah sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya. (Riwayat Imam Ahmad, no: 2047).


oleh: Unit Pembangunan Insan

2 comments: